Berbicara soal hati dan perasaan amat rumit urusannya. Banyak kategori plak tu. Entah mengapa tetibe je nk wat entry pasal hati dan perasaan.. bile bercakap pasal hati, mesti perkara pertama yg kite gambarkan adalah CINTA. ye, biasalah, manusia normal x lepas dari bende alah tu kan. Byk cabang CINTA ni. Cinta hakiki ialah cinta Ilahi.Cinta kepada Rasul2, ibu ayah, adik beradik, kawan2, saudara seislam dsb..byk kan? Tapi, apepun cinta yg agung adalah kepadaNya.
Diri ini pernah berbicara dengan seorang lelaki yg agak berusia (pakcik la kirenye). Pakcik itu tidak percaya yg aku tidak pernah bercinta dgn seorang lelaki (eh, of course la ngan lelaki kan, x kan ngan pompuan plak) Lantas aku bertanyakan kenapa dirinya tidak mempercayainya. Aku menceritakan serba sedikit kisah hidupku.
Aku bersekolah rendah di SRK Zainab 2, all girls school. Then, diterima ke SMUA Maahad Muhammadi (P), which is also all girls school and Arabic school lagi..For me, time study, study betul2. X perlu serabutkan kepala utk mencari lelaki hanya sekadar utk suka2 dan sekejap shj. Time pegi tuisyen, memang i totally focused on the teaching. Mmg x reti nk bersosial pada awalnya. Adab sopan amat dijaga (konon!) Amat pemalu. Lepas SPM, mendaftarkan diri di Maktab Perempuan Melayu Melaka. All girls maktab la plak dah..haha. Then, bile masuk IPBA baru la pandai nk berkawan dgn lelaki. Mane x ramai kawan lelaki, bile umur 18 tahun baru jmpe kawan2 lelaki. hoho~ Culture shock kejap wei. Bile pegi NZ, fikiran hanya bertumpu kepada 2 bende: STUDY dan TRAVELLING. Pakcik tu tny, nape x rembat je sorang time kat NZ. hahaha. gelak besar gak la. Sy x pernah terfikir pon time tu. Bile dah stat keje, makin ramai yg bertanyakan ku. Tapi, entahla belum bersedia utk bukak pintu hati kepada sesiapa..sehingga lah...2009. FULL STOP. Itulah cerita ku..
Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Pada beliau, dari segi bahasa tubuh badanku menggambarkan yg aku sudah berpunya. Fuh. really meh? Selama ni x tau la plak. Seraya berjenaka, aku menjawab "Xde orang nak". Senang je jawapanku. Padahal aku amat yakin akan takdir Allah. Allah hendak menyelamatkan aku daripada dosa-dosa cinta. Sbb itulah aku tidak pernah membuka pintu hati ini kepada sesiapa kecuali seorang (dulu2 je, skang dah matured enough to think carefully)Semua yg terjadi ade hikmahnya. Aku anggap bende yg lepas itu sebagai pengajaran dan petunjuk dari Allah. Allah sayangkan aku. Allah menegur aku daripada terus hanyut dgn kealpaan dunia. Alangkah beruntungnya aku kerana ditegur dan diberi petunjuk oleh Ilahi sedangkan masih ramai yg alpa dan leka walaupun ditegur oleh Yang Maha Esa berulang kali. Betapa besar kasih sayang dan rahmat Allah kepadaku. Hanya aku yg tidak pandai berterima kasih dan menghargainya jika aku masih mengharapkan cinta dari manusia.
Menginjak usia 26 tahun, tipulah kalau aku cakap x pernah terfikir soal jodoh. ye, dulu mmg x terfikir tapi bila masuk umur 25 thn (bln 12 tahun lepas, yeah~) dah stat fikir (sbb target nk kawen umur 25thn, ikut sunnah Nabi.huhu~) rupe2nye, perancangan Allah lagi hebat. sekarang dah 2011, masih terkial2 lagi.Pakcik tu cakap, sbb aku tidak membuka pintu hatiku utk mana2 lelaki. Betul ke? hmm. Mcm x je pakcik weh. hehe.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu." Ya Allah, temukan aku dgn jodoh yg terbaik.Amin. -iluvislam.com
What Would You Do If A Student Belittles You?
4 years ago
2 comments:
Amin mi.
Allah plans the best journey for all his servants.
Sd: Thank u, sd.. =) Am happy for you, dear! Amin.
Post a Comment