Seringkali aku bertanyakan soalan ini kepada diriku sendiri. Kebelakangan ini, aku dapat rasakan yang aku ini sgt berlainan drpd tahun lepas. Ya, tak dapat dinafikan, semua manusia melalui peringkat perubahan. Tetapi, apakah perubahanku ke arah kebaikan, makin positif?
Sudah lama aku tidak mempunyai peluang untuk berbual2 dgn pelajar2ku. Aku merasakan aku makin jauh dgn mereka. Sesetengah mereka ada yg menyedari hakikat ini lantas bertanyakan aku "Kenapa teacher dah tak rapat dgn kami? Teacher ade terasa hati ke?" Aku terdiam. Lantas mindaku memikirkan jawapan yg aku sendiri tidak ketahui.
Sudah beberapa malam aku muhasabah diriku ttg persoalan ini. Byk sebabnya. AKu juga tidak menyukai diriku yg sekarang. I am not being me. Senyuman di sekolah perlu digagahi dan dipaksa. Setiap pagi aku gagahi diri membersihkan niat dan ikhlaskan diri ke sekolah. Sudah tidak ada motivasi utk ku ke sekolah. Students ku sudah tidak mampu menjadi motivasi diri ini. Satu2 nya faktor ku jejaki kaki ke sekolah adalah kerana amanah ku sebagai seorang guru, pendidik.
Apakah faktor yg menjadikan aku sebegini? Terlalu personal utk dihuraikan disini. Cukuplah sekadar aku kongsikan bersama Yang Esa.
FULL STOP.
What Would You Do If A Student Belittles You?
4 years ago
0 comments:
Post a Comment