Friday, November 20, 2009

It has been a year...


Assalamualaikum..

Sudah hampir setahun rupanya aku bergelar seorang guru. A full-fledged English teacher. The kids called me "Teacher Mimi". Setahun. Well, maybe 11 bulan. Tempoh yang cukup lame untuk ku menimba pengalaman dan pahit manis bergelar seorang guru. Begitu susah rupanya untuk menjadi guru atau aku lebih senang memanggilnya "pendidik".

Seringkali tertanya diri, Adakah aku seorang pendidik yang baik? Jujur pada diri, aku tidak segan untuk mengaku bahawa aku seorang guru yang baik. Tapi, untuk mengaku bahawa aku seorang pendidik masih belum mampu untuk ku ungkap. Seorang pendidik yang berwibawa mampu untuk mengubah sahsiah diri anak-anak didik nya, bukan saja dari segi akademik tapi disiplin diri...

Mengungkap kembali tahun 2009, pertama kali mendapat berita bahawa aku ditempatkan di sebuah kawasan yang agak asing bagi ku menjadikan aku amat nervous . Tapi, aku terima semua itu sebagai cabaran baru. I'm keen to learn new things. Menjejak kan kaki ke Felda Chiku ini membuka minda baru kepada ku. Rupa-rupanya masih ada anak bangsa ku yang masih belum menguasai basic Bahasa Inggeris. Dengan semangat baru aku berazam untuk mengubah nasib dan persepsi pelajar2 disini terhadap matapelajaran B.Inggeris.

Sebagai guru baru yang masih lagi single, aku dilontarkan dengan pelbagai tugasan menyebabkan hampir semua impian aku untuk membantu pelajar2 ini terkubur begitu sahaja. So many things that i have already planned couldn't be carried out. Rupa-rupanya, itulah tugas seorang "guru" bukan "pendidik". Tugasan luar terlalu menyibukkan diri seorang 'pendidik'.

Bagaimana pula dengan tahun 2010? Bak kate orang putih, We'll just wait and see.

Till then, daa~

Jya'

0 comments: