Bahagia, tenang, damai.. semua org mencari2 maksud kebahagiaan dan sebagainya. Setelah mencari2 akan jawapan kpd persoalan ini, sy mendapat jawapannya: ianya berada dalam hati sendiri. ya, hati kita. Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim) "
Oleh itu, untuk mendapat kedamaian yg hakiki, hati kita perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Hiasilah hati dgn sifat2 mahmudah...seringkali hati ini lalai sebenarnya. Hanya tersedar dan tersentak dr lamunan dan kealpaan diri apabila berkomunikasi dgn Ilahi. Ya Allah, byk sungguh mehnah dan rintangan dari segenap segi untuk diri ini supaya sentiasa istiqamah...
Sy selalu menggambarkan bahawa dgn melakukan amalan soleh dan ikhlas keranaNya, sedikit demi sedikit kekaratan hati sy telah dikikis. I'allah. Memperbanyakkan amalan soleh, sentiasa berzikir, bertawakkal kpdNya, mencari kelebihan diri dan sentiasa mencari peluang utk berbuat baik merupakan cara-cara utk mendapat kesucian hati..
Ingatlah, Zikrullah merupakan penyucian hati yg paling penting. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Yang paling menarik, sy quote dr Ustaz Pahrol (2010) "Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia. Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!” http://genta-rasa.com/
Hiasilah diri dengan Zikrullah..
"La tahzan innallaha maana"
What Would You Do If A Student Belittles You?
4 years ago
0 comments:
Post a Comment