Sunday, October 3, 2010

InsyaAllah.

"Perempuan2 yg jahat untuk laki2 yg jahat, dan laki2 yg jahat untuk perempuan2 yg jahat. sedangkan perempuan yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik" (An-Nur: 26)

Itulah janji Allah kepada sekalian manusia. Ibuku selalu berpesan untuk dapat seorang suami yg baik dan soleh, saya haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yg baik dan solehah.Oleh itu, bagaimana kita dapat menilai dan mengukur sejauh mana kita ni baik? Allah Maha Mengetahui.Sentiasalah upgrade our iman~

Sering kali soalan cepumas dilontarkan kepada sy. Tetapi, hanya senyuman yg mampu menjawabnya.. Wallahu a'lam.

Sy tertarik kepada artikel didalam Harian Metro yg bertajuk "Lamar lelaki langkah terpuji". Artikel ini sepatutnya boleh mengubah persepsi dan budaya masyarakat kita. Sy setuju dgn artikel tersebut, tetapi mungkin sy masih tidak berani untuk bertindak sedemikian (em, mungkin kerana masih belum berjumpa yg sesuai) Oleh itu, sy sangat mengagumi ummul mukminin, Siti Khadijah. Jadilah seperti Siti Khadijah yg menjaga keperibadian dirinya, tertarik dengan akhlak Nabi Muhammad yg bersifat jujur dan bijak dlm mengendalikan perniagaannya.

Beberapa statement yg menarik dpt dikongsi bersama: (oleh - Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd)

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat (berpakaian tidak sopan), berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah"

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya"

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti."

"Bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mung­kin Allah hendak selamat­kan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab"

*to all available ladies out there, sentiasalah berusaha, berdoa dan bertawakkal*

=)

1 comments:

sd. said...

insya Allah mi.

:)