Thursday, April 7, 2011

Sabar ye..

Sabar ye. cool ye. sabar kan separuh dari iman kita. Kalau kita tak sabar, maksudnya, iman kita masih tak lengkap lagi la. Jangan asyik nak marah2, jangan asyik nak tinggikan suara. jgn asyik nak keraskan nada suara. Jgn asyik nak tengking2. Tak penat ke wahai kawan2 sekalian? Macam penat je marah2 ni.

Sy ingin kongsi beberapa kejadian yg telah berlaku. Kejadian yg membuka mata saya terhadap beberapa orang. Sy cukup terasa. Sy paling tidak suka org meninggikan suara terhadap sesuatu yg bukan kesalahan sy. Maaf ya. Sy amat terkejut. Lantas melepaskan perasaan terhadap my only guardian, Yang Maha Esa. Berjujuran air mata. Kebetulan, ibu menelefonku seusai berdoa. Air mata turun buat kali kedua. Mungkin ibu dah saspek something happened to me. "Sabarla, itu baru ujian kecil dari Allah. Fikir positif, mungkin orang2 itu ada masalah sendiri, tak sedar, mereka lepaskan kat kakak" Alangkah kata2 itu mampu menenangkan sedikit lagi keserabutan di hati ini. ya, husnuzzon. Tiba2, syaitan kecil berbisik "Bukan mereka je ada masalah. Aku pun byk masalah jugak. Byk jugak bende nak kene fikir. Dieorang tu dah la duk rilek2 je kat umah lpas kerja. Aku ni petang baru sampai rumah. Badan penat, minda penat" Mujurlah kata-kata ibu berjaya menghapus syaitan kecil diminda ku itu. "Fikir positif kakak, sabar. Doa byk2 kat Allah. Beri petunjuk kat kita"

Wahai kawan2, apa kata kita latih diri lepaskan perasaan kepada Allah? Allah rindu nak dengar rintihan kita kepadaNya. Try not to express it out aloud in front of people. People are watching our actions. Students memerhati gerak laku kita, tingkah laku kita, perilaku, tutur kata dan bahasa kita. Sedih jugak kadang2 bile dengar cikgu2 asyik kata "bengong" dan sebagainya depan pelajar2. Katekan lah..... kita tak sedar, kata-kata kita tu berbalik kepada anak2 kita sendiri.. Na'uzubillahi min zalik.. Macam mana agaknya? tak pun, cikgu2 yg mengajar anak kita pun asyik duk cakap 'b*****', 'b***' kat anak2 kita. Macam mana ye perasaan kita?

Saya tak nafikan, saya pernah marah2 pelajar, tapi x sampai mengeluarkan kata2 kesat. Setakat mana saya boleh marah2 students sbb sy sayang mereka. Sekarang ni, sy cuba kaedah lain apabila berhadapan dengan pelajar2 3H. Saya dah tak nak tinggikan suara, marah2...sbbnye, in the end, sy akan keluar dengan kesakitan kepala yg amat sangat. Sekarang ni, kaedah terbaik saya: DOA, HARAPAN, TAWAKKAL dan memanggil nama2 mereka dengan satu nada yg amat lembut. cthnye: "Musssliimmmm...mana buku awak?" "Afiq Farhaann, duduk kejap, tcher nk ajar skeet je lagi".. haa, agak berkesan untuk satu minggu ini. Tetapi tidak ketahuan lah bagaimana untuk menempuhi 5 bulan lagi bersama mereka. CUma yg pastinya, sy tak putus2 berdoa didalam hati semasa mengajar mereka. Dan jika mereka berkelakuan baik pada hari tersebut, sy bersyukur yg tidak terhingga kepadaNya kerana memakbulkan sedikit daripada doa saya...Syukran ya Allah.

Kita boleh nak marah2, tegur kesalahan orang. Tetapi secara berhemah. Kita pun sedia maklum, Allah ada mengeluarkan perkataan umpama marah (cth, Celakalah!) tetapi bertempat. Kita pun nak marah, bertempatlah..tempat yg sesuai. Kalau kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, itu telah dinamakan ZALIM..

Ya Allah, didiklah hati ini untuk menerima segala teguran dengan redha. Kuatkan hati ini untuk mengharungi segala mehnah didunia dan akhirat. Amin

3 comments:

raja izni munirah omar said...

ya btul..sabar itu istana iman...

mimisyamimi said...

kak yah: ye..sabar byk2..hehe~ thanks sudi menjenguk blog saye.

fathiyahjusoh said...

even though we are world apart, i know and i believe that u r getting stronger...Have faith in Allah, have whole faith in Him..n Smile always,..it really helps..